Tiga Maut Dilanggar Treler Ketika Memasang Tayar Kereta - Semasa | mStar

Tiga Maut Dilanggar Treler Ketika Memasang Tayar Kereta

TAWAU: Tiga orang, termasuk dua remaja adik-beradik, terbunuh selepas mereka dilanggar lori treler dalam kejadian langgar lari di kilometer 58, Jalan Kunak-Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner (ACP) Ibrahim Chin berkata dalam kejadian pada 11 malam semalam, dua remaja yang masing-masing berumur 17 dan 21 tahun itu dilanggar dari belakang ketika melihat pemandu kereta yang mereka naiki sedang menukar tayar.

Katanya pemandu kereta yang berusia 29 tahun itu pula terhumban sejauh 100 meter akibat rempuhan treler itu. Kesemua mereka yang belum dikenali identitinya mati di tempat kejadian.

Seorang wanita berusia 21 tahun yang merupakan anggota keluarga dua beradik itu dan turut menaiki kereta terbabit, tidak mengalami sebarang kecederaan namun trauma akibat kejadian itu.

Mayat ketiga-tiga mangsa sudah dituntut keluarga masing-masing di sini semalam.

Ibrahim berkata pemandu treler terbabit terus melarikan diri selepas melanggar mangsa.

Beliau minta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya segera menghubungi polis bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Bersatu umum keluar Pakatan Harapan