Kerajaan BN Mementingkan Matlamat Politik Berbanding Soal Politik - Najib - Semasa | mStar

Kerajaan BN Mementingkan Matlamat Politik Berbanding Soal Politik - Najib

KUALA KUBU BARU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mementingkan soal politik berbanding dengan matlamat politik itu sendiri iaitu mahu melihat rakyat Malaysia mencapai tahap pembangunan diri yang maksimum, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Matlamat politik itu ialah kami ingin melihat rakyat 1Malaysia membangun menjadi rakyat sebuah negara yang maju, sebuah negara yang berpendapatan tinggi, sebuah negara yang mana kemiskinan tidak lagi menjadi hambatan kepada masyarakat kita," katanya ketika berucap melancarkan Yayasan Kelana Ehsan (YKE) di Felda Sungai Tengi di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata kerajaan tidak mahu terlalu dibuai-dibuai dan terlalu terbawa-bawa dengan sentimen politik apatah lagi mainan politik yang tidak menguntungkan rakyat.

"Politik adalah sebuah wahana dan kaedah yang membolehkan kita menilai sama ada sesebuah parti dan kepimpinan parti itu boleh dikatakan kepimpinan yang boleh diterima, yang boleh diberi keyakinan, yang boleh diberi kepercayaan," katanya.

Najib berkata YKE yang ditubuhkan pada 21 Ogos 2009 itu bertujuan untuk menjaga kebajikan masyarakat khususnya di negeri Selangor tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit.

"Mengapa dan kenapa sebuah yayasan telah ditaja oleh Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor, bersama-sama dengan rakan-rakan kita dalam parti BN, walhal kerajaan sediakan pelbagai bantuan yang telah dan akan terus disampaikan kepada rakyat yang memerlukan bantuan.

"Sebab-musababnya ialah beberapa pertimbangan yang kita lakukan antaranya betapa pentingnya bidang pendidikan dalam melakar dan mencorak masa depan bangsa dan negara kita, sehinggakan dalam soal pendidikan dan penguasaan ilmu perlu kita sediakan kepada terutamanya untuk golongan yang berpendapatan rendah boleh dikatakan tiada noktahnya," katanya.

Najib berkata berdasarkan matlamat itu, Umno dan BN berasa terpanggil untuk memberikan sumbangan di Selangor walaupun negeri itu boleh dikatakan lebih maju berbanding negeri-negeri yang lain.

"Kami percaya pertolongan kebajikan ini boleh beri kesan dan impak yang besar kepada mereka yang menerima bantuan. Ini adalah antara mesej yang kami ingin paparkan melalui penubuhan yayasan ini," katanya.

Antara objektif khusus YKE adalah menjadi platform untuk mendekati masyarakat tanpa mengira kaum bagi membantu meringankan beban mereka serta mengurus dan menyelaras aktiviti-aktiviti masyarakat yang berhubung kait dengan penganjuran seminar, kursus, bengkel dan sebagainya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain