suria

Lebih Sejuta Dapat Manfaat Projek Bekalan Air NKRA

KUALA LUMPUR: Sejumlah 111,630 rumah di Sabah dan 92,382 rumah di Sarawak akan mendapat bekalan air bersih menjelang akhir 2012, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Menurutnya, ia adalah sebahagian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

"Adalah dijangkakan seramai lebih kurang sejuta penduduk luar bandar akan mendapat manfaat daripada projek bekalan air bersih ini," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata di bawah NKRA, kementerian mensasarkan liputan bekalan elektrik meningkat daripada 77 peratus dan 66 peratus kepada 95 peratus bagi Sabah dan Sarawak.

"Kementerian juga mensasarkan sejumlah 56,700 rumah di Sabah dan 77,880 rumah di Sarawak akan menerima bekalan elektrik 24 jam," katanya dan menambah kerajaan memperuntukkan sejumlah RM11.3 bilion di bawah NKRA luar bandar. - BERNAMA

Artikel Lain