suria

Polis Cari Waris Jefson Kotinting

JOHOR BARU: Polis kini sedang mencari waris kepada seorang lelaki berusia 32 tahun yang meninggal dunia di sini pada 17 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Baru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, lelaki bernama Jefson Kotinting, berbangsa Kadazan dan beralamat terakhir di No.58 Jalan Solok Batu Unjur, Payu Perdana, 41200 Klang, Selangor.

Jefson meninggal dunia setelah terjatuh dari bangunan Hospital Sultanah Aminah pada lebih kurang 11.30 malam hari tersebut.

Beliau berkata, waris mangsa diminta menghubungi terus Pegawai Penyiasat Sarjan Somasundram Sinappayan di talian 012-7348969 atau Balai Polis Setia Indah di talian 07-3515422 secepat mungkin. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain