suria

Kerajaan Pahang Janji Selesaikan Isu Rumah Nelayan Terbengkalai

KUANTAN: Kerajaan Pahang akan cuba menyelesaikan masalah projek penempatan nelayan di kawasan Bunut Rendang di sini yang telah terbengkalai sejak 20 tahun lepas, kata Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini.

Beliau berkata, projek itu sepatutnya menempatkan 250 keluarga nelayan dari daerah Kuantan tetapi pelbagai masalah termasuk pengurusan syarikat pemaju yang tidak cekap menyebabkan hanya 100 unit rumah sahaja dapat disiapkan.

"Masalah ini juga mungkin kerana kita terlalu terburu-buru hingga lupa berfikir mengenai keperluan asas, jadi kita akan menyemak semula projek ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan kawasan Kuantan, di sini.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga akan berusaha untuk menampung kos menyiapkan projek tersebut termasuk memohon bantuan daripada Kerajaan Persekutuan.

"Kita akan pastikan projek ini siap," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain