suria

Najib Akan Rasmi Simposium Jenayah Ekonomi Di Universiti Cambridge

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan simposium mengenai jenayah ekonomi yang akan membantu delegasi memahami isu sebenar dalam usaha menghalang dan mengawal jenayah ekonomi yang serius.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan memyampaikan syarahan bertajuk "The Global Corporate Debacles of the 21st Century: Building Corporate Resilience Through Governance and Integrity."

Antara penceramah Malaysia ialah Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bertajuk "The Regional Cambridge International Symposium on Economic Crime", acara tiga hari yang bermula 22 Jun itu dihoskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Pusat Untuk Dokumentasi Antarabangsa Mengenai Ekonomi dan Jenayah Terancang.

Simposium itu akan diadakan di Jesus College, University of Cambridge, United Kingdom, pertama kali di luar Malaysia sejak 27 tahun, kata Ketua Pegawai Eksekutif SSM Datuk Azmi Ariffin.

Simposium itu bertujuan untuk membincangkan isu dan debat mengenai kes semasa berhubung keruntuhan korporat yang menyebabkan krisis kewangan dan ekonomi global 2008/2009.

Antara topik yang akan dibincangkan ialah rasuah, kawalan pemalsuan dan jenayah korporat, katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain