MCA Terengganu Diarah Membaiki Tokong Yang Terbakar - Semasa | mStar

MCA Terengganu Diarah Membaiki Tokong Yang Terbakar

KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata MCA Terengganu telah diarah mengambil tindakan segera untuk membaiki tokong bersejarah Ho Ann Kiong yang hampir musnah dalam kebakaran Isnin lepas.

Menulis dalam blognya, Ong berkata beliau dimaklumkan bahawa tokong itu dibina pada awal 1800-an oleh komuniti Hokkien dan merupakan struktur tertua di Terengganu.

"Semasa saya berkempen ketika pilihan raya kecil Kuala Terengganu tahun lepas, saya difahamkan ramai penduduk tempatan bersembahyang di situ," katanya.

Tokong di Kampung Cina Kuala Terengganu itu terbakar pada pukul 9.30 malam Isnin lepas.

Dalam tulisan di blognya itu juga, Ong merakamkan ucapan takziah untuk keluarga Teng Wen Yan, 10, dan Teng Dee Seng, 7, yang terkorban dalam kebakaran yang memusnahkan dua rumah kedai di Jitra, Kedah semalam. Ong yang juga Menteri Pengangkutan berkata tragedi di Jitra itu tidak sepatutnya berlaku terutama ketika sambutan Tahun Baru Cina dan berharap keluarga itu tabah menghadapi cabaran.

Beliau berkata MCA Kedah telah diminta menghulurkan bantuan yang diperlukan keluarga itu. Dalam kebakaran awal pagi semalam, dua beradik terkorban manakala datuk mereka cedera.

Mayat Wen Yan, dan adiknya Dee Seng, kedua-duanya murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa, Jitra, ditemui di dalam bilik di tingkat satu, rumah kedai itu. - BERNAMA

Artikel Berikut

Mingguan mStar Dilancarkan Secara Rasmi

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain