Najib Mahu Maklum Balas Mengenai Klinik 1Malaysia - Semasa | mStar

Najib Mahu Maklum Balas Mengenai Klinik 1Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu orang ramai yang pernah mendapatkan perkhidmatan di Klinik 1Malaysia supaya berkongsi pendapat mengenai pengalaman mereka.

Beliau juga menggalakkan orang ramai mengemukakan komen menerusi blog beliau di www.1malaysia.com tentang bagaimana kerajaan dapat menambah baik lagi konsep klinik tersebut.

"Sekiranya anda sendiri pernah mendapatkan perkhidmatan ini, marilah berkongsi pendapat anda berhubung pengalaman anda dan bagaimana pada pendapat anda kami dapat menambah baik lagi konsep Klinik 1Malaysia ini dengan mengemukakan komen anda di sini," katanya dalam posting terbaru beliau dalam blognya di sini hari ini.

Najib berkata setakat ini, Klinik 1Malaysia yang dibuka sejak 28 Disember tahun lepas, iaitu yang pertama di Lembah Pantai dan 50 lagi di kawasan perbandaran terpilih, begitu popular sekali di kalangan penduduk.

"Namun, kami tidak akan berpeluk tubuh dengan kejayaan ini, kerajaan akan terus memantau keberkesanan klinik-klinik ini bagi memastikan keperluan rakyat diuruskan secukupnya," katanya. Beliau berkata setakat ini lebih daripada 100,000 orang iaitu purata 80 hingga 200 pesakit bagi setiap klinik setiap hari, telah mengunjungi klinik-klinik ini untuk mendapatkan rawatan mudah bagi penyakit seperti sakit kepala dan selesema.

Dalam Bajet 2010, Najib telah mengumumkan penubuhan Klinik 1Malaysia yang baru di seluruh negara bernilai RM10 juta yang diilhamkan dalam semangat "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" untuk memberikan rawatan kesihatan segera kepada semua rakyat Malaysia di kawasan-kawasan perumahan yang memerlukan perkhidmatan mudah.

Penduduk yang tidak berupaya mendapatkan rawatan daripada klinik swasta sama ada kerana klinik-klinik itu jauh dari tempat tinggal mereka atau kerana perkhidmatan yang terlalu mahal, kini mempunyai alternatif yang praktikal dengan adanya Klinik 1Malaysia.

Klinik yang ditempatkan dengan strategik dan dibuka setiap hari selama 12 jam dari 10 pagi hingga 10 malam itu menyediakan rawatan yang berkualiti untuk hanya RM1 manakala RM15 bagi penduduk bukan rakyat Malaysia. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

NUBE Adakan Kempen Kutip 1 Juta Tandatangan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain