suria

PGM Rampas 612kg Gula Seludup

TAWAU: Pasukan Gerakan Marin (PGM) merampas 612 kilogram gula yang cuba diseludup ke negara jiran dalam dua pemeriksaan di sini pada Sabtu.

Pegawai Pemerintah PGM Tawau DSP Husaini Zainal Abidin berkata dalam kes pertama pihaknya merampas 312 kilogram gula pasir yang disorok di bawah tempat duduk sebuah bot panjang di pelabuhan tukar barang.

"Dua jam kemudian, kami merampas 300 kilogram lagi gula pasir dari sebuah bot tidak jauh dari bot pertama dan gula itu dipercayai untuk di bawa ke Sungai Nyamuk, Indonesia," katanya.

Beliau berkata tiada tangkapan dibuat kerana tiada siapa yang berada dalam bot panjang terbabit mengaku gula itu kepunyaan mereka.

Artikel Berikut

Artikel Lain