suria

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Negeri Sembilan Ahad Ini

SEREMBAN: Orang ramai dijemput menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2010 anjuran MCA Negeri Sembilan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban di sini pada Ahad (14 Februari) ini.

Pengerusi Pengelola Majlis itu, Wong Kim Long berkata, tetamu kehormat pada majlis itu ialah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

"Selain Menteri Besar, kita juga menjemput anggota Exco, wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan ketua-ketua jabatan. Kita jangka lebih 2,000 orang akan hadir pada majlis tersebut," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda MCA negeri berkata, majlis itu yang akan menyajikan pelbagai juadah, berlangsung selama tiga jam mulai pukul 9.30 pagi. - BERNAMA

Artikel Lain