suria

Hukuman Gantung Rakyat Filipina Edar Dadah Kekal

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman gantung yang dikenakan terhadap seorang lelaki Filipina kerana kesalahan mengedar 508.6 gram dadah di KLIA lapan tahun lepas.

Diana Nelson Tanoja, 55, telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada 2005 manakala Mahkamah Rayuan mengesahkan keputusan itu pada 2008.

Tanoja diberkas dalam satu pemeriksaan rawak sebaik tiba dari Amsterdam apabila pegawai polis dari bahagian narkotik menemui dadah itu tersembunyi dalam beg yang dibawanya.

Dalam keterangannya, Tanoja berkata, dadah itu adalah untuk seorang bernama "Alahadjie" di Bangkok yang menjanjikan bayaran US$3,000 hingga US$4,000.

Panel hakim terdiri Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong sebulat suara menolak rayuan terakhir Tanoja bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadapnya.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin manakala peguam bela Tanoja terdiri Sreekant Pillai dan Paul Fernandez. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

10 Pengganas Ditahan ISA

Artikel Lain