suria

Kempen Sepanduk Royalti Minyak Di Kelantan Tanda PAS Terdesak

JELI: Pemasangan sepanduk berhubung isu royalti minyak di seluruh Kelantan oleh Pas ketika ini menunjukkan perbuatan terdesak Pas untuk menutup hakikat sebenar berhubung isu terbabit. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, Pas semakin tertekan apabila isu royalti minyak yang mencetuskan kontroversi dalam kalangan rakyat itu terbongkar dan mula disedari kebenarannya.

"Hakikatnya, Kelantan tidak berhak menerima royaliti minyak kerana hasilnya terletak 200 batu nautika dari pantai mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974.

"Rakyat kini semakin sedar dan memahami kebenaran isu terbabit selepas menerima penjelasan daripada kerajaan Pusat menyebabkan Pas semakin terdesak dan tertekan," katanya ketika berucap melancarkan gerak kerja penerangan Badan Perhubungan UMNO negeri Kelantan, di Kompleks UMNO Bahagian Jeli.

Mustapa yangjuga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, bagi menutup kelemahan pihaknya itu, Pas menggunakan pelbagai cara untuk mengekalkan kuasa mereka di negeri ini termasuk memasang pelbagai sepanduk di seluruh Kelantan untuk memutarbelitkan isu royalti minyak.

Bagaimanapun, Mustapa berkata, kerajaan Pusat masih bersikap adil dan prihatin terhadap rakyat Kelantan melalui pemberian wang ihsan.

"Keprihatinan itu dapat dilihat apabila kerajaan pusat memberikan wang ihsan kepada Kelantan yang disalurkan menerusi program dan projek untuk negeri ini," katanya.

Mustapa berkata, kelemahan Pas dalam mentadbir Kelantan juga semakin ketara apabila pelbagai isu timbul sejak kebelakangan ini dan gagal diselesaikan.

Menurutnya, isuisu yang timbul itu membuktikan Pas lemah dalam mentadbir urus negeri ini.

Tandatanda itu jelas menunjukkan bahawa UMNO lebih berkeupayaan merampas semula negeri ini setelah 20 tahun diperintah Pas, katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain