Pesakit Mental Perlu Disenarai Sebagai Golongan Kurang Upaya - NIOSH - Semasa | mStar

Pesakit Mental Perlu Disenarai Sebagai Golongan Kurang Upaya - NIOSH

KUALA LUMPUR: Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) mencadangkan kepada kerajaan untuk menyenaraikan pesakit mental dalam kategori golongan orang kurang upaya.

Pengerusi NIOSH Tan Sri Lee Lam Thye berkata sebelum ini masalah kesihatan mental tidak menjadi satu topik tumpuan kepada kerajaan dan komuniti berbanding masalah kesihatan lain, tetapi di seluruh dunia kini ia semakin meningkat.

Beliau berkata masalah kesihatan mental adalah satu perkara serius dan memerlukan ia ditangani segera supaya masalah seperti stres, kemarahan, keganasan dan masalah kecelaruan mental lain seperti psikosis, kemurungan dan membunuh diri dapat dielakkan.

Katanya galakan bagi kesihatan mental yang baik di kalangan setiap lapisan umur rakyat Malaysia perlu diberikan keutamaan tahun ini dan disenaraikan dalam agenda nasional kesihatan utama.

"Di Malaysia, kita perlu melakukan lebih lagi untuk mereka yang menderita sakit mental. Daripada segi perkhidmatan kebajikan, kerajaan perlu menyenaraikan pesakit mental dalam golongan orang kurang upaya.

"Dan mereka juga perlu diberikan peluang pekerjaan untuk membantu mereka kembali dalam arus perdana dan tidak menjadi beban masyarakat," kata Lee dalam satu kenyataan di sini. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Persatuan Pengguna: Mansuhkan Subsidi Gula

Artikel Berikut

PKPIM Sokong Wujudkan Semula Sudut Pidato

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain