Raja Petra Ada Saudara Perempuan di UK - Semasa | mStar

Raja Petra Ada Saudara Perempuan di UK

PETALING JAYA: Adalah sesuatu yang natural untuk penulis kontroversi, Raja Petra Raja Kamaruddin dan isterinya Marina bersembunyi di United Kingdom (UK) atau menjadikan negara itu sebagai transit kerana dua saudara perempuannya adalah merupakan rakyat negara itu, demikian menurut beberapa rakannya hari ini.

Kata mereka, semua orang harus menyedari satu hakikat bahawa ibu Raja Petra adalah seorang rakyat British dan setelah bercerai dengan bapanya, ibu penulis laman blog Malaysian Today itu telah kembali bermastautin di negara asalnya bersama dua orang anak perempuannya.

“Saudara-saudara perempuan Raja Petra tidak pernah kembali lagi ke Malaysia selepas itu dan mereka sendiri berkahwin dengan orang Inggeris dan menetap di United Kingdom. Jadi bagi Raja Petra, United Kingdom boleh diibaratkan sebagai kediaman kedua baginya,” kata salah seorang rakan sekolah Raja Petra di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang enggan namanya di sebut di sini kepada mStar Online hari ini.

Mereka berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar semalam dan hari ini yang menyebut Raja Petra kemungkinan bersembunyi di sebuah apartmen di Bayswater, London untuk mengelak daripada ditangkap kerana gagal menghadiri perbicaraannya berhubung saman fitnah ke atas artikel yang ditampalkan pada laman webnya itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga telah dipetik sebagai berkata, jika benar Raja Petra berada di London, beliau akan meminta kerjasama daripada polis UK untuk menahan penulis itu dan mengektradisikannya kembali ke Malaysia bagi menghadapi perbicaraannya.

Sementara itu, seorang lagi rakan Raja Petra yang bersedia untuk bercakap dengan syarat namanya tidak disiarkan, berkata, jika benar sekali pun Raja Petra berada di London atau mana-mana bandar di negara itu, ia bukanlah untuk satu tempoh yang panjang. Ini kerana, katanya, Raja Petra sedar akan undang-undang ekstradisi yang terdapat dan kerjasama yang terjalin di antara pihak berkuasa Malaysia dan UK.

“Jadi mungkin dia berada di sana tetapi hanya sebagai transit atau seketika sahaja. Saya tidak nampak dia berada di sana untuk satu jangka waktu yang panjang.

"Dia mungkin dapat bertahan lama sedikit di UK kerana mempunyai adik perempuan di sana yang boleh menghulurkan bantuan buat sementara waktu dan selepas seketika saya percaya Raja Petra akan beredar ke tempat lain pula.

“Mereka (Raja Petra) mempunyai rangkaian atau networking yang boleh membantunya buat sementara waktu,” katanya.

Artikel Berikut

Rosli Allani Letak Semua Jawatan Dalam Pas

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain