suria

Wahab Aziz Angkat Sumpah Sebagai Menteri Muda

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaka, Abdul Wahab Aziz mengangkat sumpah sebagai Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Bandar hari ini.

Dalam kenyataannya, Jabatan Penerangan Sarawak berkata, Abdul Wahab, 62, yang menjadi ADUN Kelaka sejak 1991, mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Astana di sini.

Menurut kenyataan itu, Abdul Wahab, bapa kepada tujuh anak, memiliki ijazah sarjana dalam bidang Pengajian Asia Tenggara dari Kent Universiti, United Kingdom (UK)dan ijazah sarjana dalam bidang pengurusan daripada Aston University, UK.

Upacara itu dihadiri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, menteri kabinet negeri, pegawai kanan kerajaan dan pemimpin masyarakat.

Abdul Wahab tidak menghadiri upacara mengangkat barisan anggota pentadbiran baru pada 21 Nov kerana menunaikan fardu haji.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Emas Ditemui Mati Dibunuh

Artikel Berikut

Artikel Lain