suria

MIC Gubal Strategi Tangani NGO Burukkan Kerajaan

KUALA LUMPUR: MIC merangka satu strategi bagi menangkis tindakan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dianggotai masyarakat India yang didakwa dipergunakan pembangkang untuk memburukkan parti itu dan juga kerajaan.

Menurut satu sumber MIC hari ini, sejak kebelakangan ini beberapa NGO kaum India telah diwujudkan, dengan dibantu secara senyap oleh ahli-ahli politik pembangkang.

"NGO ini telah digunakan untuk menimbulkan kemarahan masyarakat India terhadap kerajaan dan Barisan Nasional," kata sumber itu.

Menurutnya, pembangkang sedar masyarakat India kini kembali menyokong BN selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan beberapa inisiatif untuk kemajuan masyarkaat India termasuk peruntukan RM100 juta untuk pembangunan sekolah Tamil.

"Satu-satunya cara pembangkang dapat membuatkan kaum India kembali marah kepada kerajaan ialah dengan menggunakan NGO sebagai alat mereka," kata sumber itu.

Menurutnya, MIC akan mendapatkan kerjasama beberapa NGO yang "mesra dengannya" untuk menangkis serangan terhadap parti itu dan juga kerajaan kerana ianya penting untuk memastikan sokongan kaum India tehadap BN akan berterusan.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Emas Ditemui Mati Dibunuh

Artikel Berikut

Artikel Lain