suria

Jual Bayi: Polis Kesan Pembeli

PETALING JAYA: Polis Selangor sedang mengesan pembeli dan agen yang berurusan dengan sindiket penjualan bayi haram yang ditumpaskan di negeri itu baru-baru ini untuk tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, jika ada pembeli yang tampil, bayi yang dibelinya akan ditempatkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) buat sementara waktu sehingga siasatan kes selesai.

"Sehingga kini kita belum lagi ada tangkapan terbaru," katanya selepas merasmikan Pusat Khidmat Polis Pelancong di Sunway Pyramid di sini hari ini.

Sindiket itu ditumpaskan selepas sembilan orang termasuk dalang dan empat pembeli ditahan di Banting, Klang dan Kajang pada 4 dan 11 Disember. Lima bayi berusia lingkungan dua minggu hingga sembilan bulan serta seorang kanak-kanak telah diselamatkan bersama dua wanita warga Indonesia yang sarat mengandung.

Semalam, seorang wanita dan dua anak perempuannya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang kerana dituduh memperdagangkan tiga bayi perempuan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Emas Ditemui Mati Dibunuh

Artikel Berikut

Artikel Lain