suria

Raja Nong Chik Yakin Kementeriannya Akan Mencapai KPI Memuaskan

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yakin akan memperoleh Petunjuk Pretasi Utama (KPI) terbaik walaupun tidak mencapai 100 peratus.

Menteri berkenaan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata bagi mencapai KPI yang baik, setiap kementerian perlu memberi perhatian utama untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan setiap penjawat awam perlu berkerja keras serta memberi komitmen yang tinggi kepada tugasan harian mereka.

"Bagi Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, demi memastikan ia terus memperoleh KPI terbaik, kementerian memerlukan kerjasama dari kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya dan Labuan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas merasmikan majlis Amal Deepavali dan sambutan meraikan Hari Krismas anjuran MIC Parlimen Setiawangsa di Dataran Air Panas, Setapak, di sini semalam.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis itu Raja Nong Chik berkata kerajaan turut memberi perhatian kepada kaum India yang berpendapatan rendah termasuk menawarkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) semasa memindahkan penduduk setinggan di sekitar Lembah Klang tahun ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain