suria

Microsoft Malaysia Lantik Ketua Baru

KUALA LUMPUR: Microsoft Malaysia telah melantik Ananth Lazarus sebagai Pengarah Urusannya yang baru berkuat kuasa 1 Januari, 2010, untuk menggantikan Yasmin Mahmood.

Yasmin akan meninggalkan syarikat itu pada akhir tahun ini untuk menjadi Pengarah Urusan YTL Communications mulai 1 Februari, 2010, kata Microsoft Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lazarus mempunyai pengalaman 22 tahun di dalam industri teknologi maklumat.

Sebelum ini, beliau merupakan Pengarah Kanan Serantau Perniagaan Kecil dan Sederhana serta Ketua Pegawai Pemasaran dan Operasi dan Pengarah Penyelesaian Pasaran Kecil dan Pertengahan dan Rakan dari 2004-2007 Microsoft Malaysia. BERNAMA

Artikel Lain