Isu Rokok Tidak Berkesudahan,Pemantauan Berterusan Diperlukan - Semasa | mStar

Isu Rokok Tidak Berkesudahan,Pemantauan Berterusan Diperlukan

ISU rokok bukanlah satu polimik baru untuk diperdebatkan.Pelbagai langkah telah di ambil bagi menyelesaikan perkara ini namun kebanyakan darinya tidak berhasil.

Pihak kerajaan sendiri tidak pernah jemu dalam menghadapi kemelut ini.Sejajar dengan itu,larangan penjualan rokok kurang daripada 20 batang akhirnya berkuatkuasa pada 1 Jun tahun hadapan sebagai satu lagi usaha.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam kenyataannya turut menegaskan sebarang rayuan tidak akan dilayan berhubung isu ini. Walaubagaimanapun, beliau memberi sehingga 31 Mei 2010 untuk pengeluar menghabiskan stok lama.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Maamor Osman ketika dihubungi mStar Online menyifatkan langkah kerajaan itu mempunyai kebaikan dan keburukan.

"Saya ada bertemu dengan beberapa penjual dan pengeluar rokok baru-baru ini, mereka berpendapat tindakan kerajaan akan menguntungkan pengeluar kerana menurut mereka adalah lebih mudah menjual pek rokok 20 batang dan kos pengeluaran adalah jauh lebih murah berbanding pek rokok 20 ke bawah",katanya.

"Saya juga ingin menyarankan tindakan undang-undang yang lebih tegas dikenakan terhadap pengeluar kerana hukuman yang dikenakan tidak setimpal," tambahnya lagi.

Respon yang diberikan oleh Maamor merujuk kepada pengumunan oleh Menteri Kesihatan dimana denda RM 10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun akan dikenakan bagi yang mengingkari peraturan.

Beliau berpendapat,pelaksanaan hukuman mandatori harus dikenakan kepada yang masih berdegil dengan arahan kerajaan.

Namun beliau menegaskan PPIM menyokong tindakan kerajaan itu kerana dari sudut kepenggunaan ia membawa kebaikan kepada rakyat.

Ini kerana, isu rokok bukan hanya melibatkan masalah kesihatan, malah menlibatkan faktor ekonomi dan sosial.

Maamor juga berharap kerajaan tidak akan membebankan Kementerian Kesihatan menangani masalah ini malah menyarankan semua pihak bekerjasama dalam memastikan isu ini dapat di atasi dengan jaya.

"Bukan sahaja Kementerian Kesihatan yang perlu uruskan perkara ini, kita semua bertanggungjawab dalam memastikan delima ini dapat di atasi,"katanya.

Beliau dalam pada itu,turut berkongsi beberapa pendekatan yang boleh digunakan dalam mengatasi masalah rokok di negara ini.

"pencegahan adalah lebih baik dari mengubati,jadi pada saya faktor itu patut disemai dalam diri kita untuk menjauhi rokok.Selain itu,contoh yang baik dari pemimpin,golongan ilmuan,malah imam sendiri saya fikir adalah perkara terbaik untuk membasmi masalah ini.Ibu bapa juga harus menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak mereka,"katanya.

"Pemantauan berterusan terhadap aktiviti anak-anak dapat membantu.Ini kerana walaupun rokok bawah 20 batang tidak akan dijual,penularan penjualan rokok sebatang akan lebih berleluasa.Oleh kerana itulah,saya menyatakan pendekatan menyeluruh perlu diambil untuk mengatasi masalah ini,"katanya lagi.

Pengerusi PPIM itu turut menambah pemerhatian menyeluruh dari pihak berkuasa di kedai-kedai runcit dari masa ke semasa dapat mengelakkan penjualan rokok secara batang berleluasa terutama dikalangan pelajar.

Beliau berpendapat demikian kerana masalah rokok ini tidak akan ada kesudahan, justeru pemantauan berterusan diharap dapat membantu meminimunkan perkara ini.

Artikel Sebelum

Eurocopter-MAHB Bangun Pusat Helikopter

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain

BWF lulus penggunaan bulu tangkis sintetik