Shahrizat Seru Golongan Wanita Teroka Keusahawanan - Semasa | mStar

Shahrizat Seru Golongan Wanita Teroka Keusahawanan

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyeru golongan wanita untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan khususnya dalam bidang kecantikan dan spa yang berpotensi besar.

Shahrizat berkata usahawan wanita dalam negara akan memperolehi banyak faedah dalam bidang perniagaan.

Menurutnya, mereka yang berminat boleh mempelajari kemahiran kecantikan di pusat Lembaga Pendidikan dan Pelatihan Mooryati Soedibyo (LPPMS) yang dilancarkan Isnin.

Katanya, LPPMS adalah sebahagian daripada memorandum yang ditandatangani antara Malaysia dan Indonesia untuk meningkatkan bilangan usahawan di negara masing-masing.

“Menerusi kerjasama dalam bidang spa dan kecantikan ini juga, kedua-dua negara dapat meningkatkan pelaburan di samping berkongsi kemahiran tersebut,” katanya.

Shahrizat berkata demikian pada sidang akhbar di majlis perasmian Taman Sari Royal Heritage Spa (TSRHS) dan LPPMS di sini semalam.

Mooryati Soedibya yang merupakan pengasas produk kecantikan Mustika Ratu ialah pemilik TSRHS dan LPPMS.

Sharizat berkata kerjasama sedemikian adalah selaras dengan teras ke-4 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), iaitu untuk menghasilkan 4,000 usahawan wanita menjelang tahun 2012.

“Jabatan Pembangunan Wanita juga sedang menjalin kerjasama dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk merealisasikan matlamat ini.

“Dengan termeterainya kerjasama ini, maka terbuktilah komitmen kerajaan dalam membantu meningkatkan kapasiti wanita khususnya dalam bidang keusahawanan,” tambah Sharizat.

Selain itu, beliau menjelaskan jabatan itu turut meluaskan skop perlaksanaan program dari segi ‘hard skills’ dan ‘soft skills’ iaitu menerusi program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (IKIT).

Menerusi program ini, katanya, seramai 85 orang Usahawan Microenterprise (IKIT) telah dihasilkan pada tahun 2008.

“Kementerian menyasarkan seramai 252 orang daripada 420 orang peserta IKIT berpotensi untuk bergelar ushawan pada tahun ini,” kata Shahrizat.

Sementara itu, mengenai kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau akan berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan pada Jumaat lepas, Sharizat berkata rakyat Malaysia pandai membuat perhitungan sendiri.

“Saya bersimpati kerana beliau terpaksa berfikiran sebegini,” katanya.

Artikel Sebelum

Seramai 10,248 Orang Punyai Kelayakan PHD

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain