Muhyiddin Minta Kerjasama Pemimpin MCA Tidak Keluar Kenyataan - Semasa | mStar

Muhyiddin Minta Kerjasama Pemimpin MCA Tidak Keluar Kenyataan

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kerjasama daripada semua pemimpin MCA agar tidak mengeluarkan kenyataan kerana ia menunjukkan berlaku percanggahan yang berlarutan.

Timbalan Perdana Menteri berkata bahawa dalam proses mencari formula penyelesaian kemelut dalaman parti itu, adalah lebih baik pemimpin MCA tidak mengeluarkan apaapa kenyataan.

"Jika sudah sepakat, baru buat kenyataan, baru imej kita baik. Jika dalam keadaan sebegini, yang A kata begitu, yang B kata begini, yang C kata atas, yang D kata bawah.

"Bagi saya, ini akan mengelirukan masyarakat dan tentu ahliahli MCA ingin melihat bagaimana kita nak menyelesaikan masalah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mineral Negara di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelbagai pandangan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpinpemimpin MCA dalam menyelesaikan kemelut parti itu.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, berkata memang wujud perbezaan pendapat dalam kalangan pemimpin MCA dan itulah sebabnya jalan penyelesaian dicari agar ada kesepakatan dalam membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah.

"Jadi, sementara belum selesai, tak perlulah keluarkan kenyataan. Kita berdiam diri sahajalah dan ini tidak akan menjejaskan kredibiliti mereka," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau dalam MCA ketika sokongan terhadap Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat telah kukuh, Muhyiddin berkata : "Kami pun tidak berminat dari awal tetapi Perdana Menteri sebagai Pengerusi BN melihat situasi sudah lebih daripada gawat.

Beliau berkata itu mungkin pandangan pihak tertentu kerana kepentingan puakpuak tertentu.

"Semua, jika ditanya, akan bersetuju dengan pandangan itu (bahawa masalah MCA semakin gawat) dan tidak ada pihak yang mengatakan bahawa MCA bertambah kuat," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata peranan beliau dan Perdana Menteri bukan untuk campur tangan.

"Saya banyak kerja lain pun...ini nak ada pilihan raya kecil, ada kawasan banjir, (dan banyak) urusan lain tetapi oleh kerana kita lihat ini suatu yang amat penting dalam soal BN, maka sudah sampai waktu Presiden parti dan Pengerusi BN, dan saya diarah untuk mengambil sedikit peranan.

"Dan apa pun, itu terserah kepada mereka juga. Kami tidak boleh paksa, kami akan bincang dan jika dapat kami cari jalan, semua pihak boleh bersetuju formula itu, maka itu formula mereka, bukan formula kita. Kita jadi orang tengah sahaja," katanya.

Muhyiddin berkata beliau telah menemui pemimpin MCA bermula semalam. BERNAMA

Artikel Sebelum

Muhyiddin Layak Guna Pesawat Nuri - Nazri

Artikel Berikut

Murugiah Beri Masa Dua Minggu Pada ROS

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain