suria

MB Terengganu Dan Exco Berlepas Ke Mekah Tunaikan Haji

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said dan isteri Toh Puan Nurliza Mahmud hari ini berlepas ke Tanah Suci melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menunaikan fardu haji.

Rombongan beliau turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Razif Abdul Rahman serta isteri Halina Zakaria selain beberapa pegawai kerajaan yang lain.

Ahmad dan isteri yang pertama kali menunaikan fardu haji dijangka pulang ke tanah air pada 9 Disember depan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mokhtar Nong, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Tengku Putera Tengku Awang, pegawai-pegawai kanan serta kakitangan kerajaan, pemimpin politik adalah antara mereka yang berada di Lapangan Sultan Mahmud (LTSM) di sini bagi mengucapkan selamat jalan kepada beliau. BERNAMA

Artikel Lain