Mangsa Banjir di Perak Semakin Berkurangan - Semasa | mStar

Mangsa Banjir di Perak Semakin Berkurangan

IPOH: Jumlah mangsa banjir di dua daerah di Perak berkurangan sehingga pukul 6 petang ini dengan 545 orang berbanding 630 orang yang masih berada di tujuh pusat pemindahan.

Seramai 82 mangsa banjir, membabitkan 72 orang dari daerah Larut Matang dan Selama manakala 13 orang dari daerah Kerian telah dibenarkan pulang ke rumah masingmasing petang tadi selepas keadaan banjir di kampung mereka pulih seperti biasa.

Jurucakap Bilik Gerakan Balai Polis Kerian berkata, kampungkampung yang terlibat ialah Kampung Changkat Lobak, Kampung Selekoh, Kampung Beriah, Kampung Simpang Empat, Kampung Simpang Lima, Kampung Matang Tengah, Kampung Sungai Semambu dan Kampung Sama Gagah.

Mereka ditempatkan di beberapa buah dewan sekolah dan surau.

Kesemua mangsa banjir dipindahkan berikutan air dari kolam Bukit Merah dan empangan melimpah akibat hujan lebat berterusan sejak lima hari lepas, menyebabkan kampung terbabit dinaiki air sehingga paras satu meter, katanya.

Beliau berkata Jalan Alor PongsuSelama di Km 13 hingga 17 masih ditutup kepada semua lalu lintas. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Manohara Tidak Pernah Didera, Kata Saksi

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain