suria

Dua rakyat Amerika Selatan ditangkap kali kedua kerana mencuri

KUALA LUMPUR: Dua rakyat Amerika Selatan menggunakan pasport Chile yang telah dihantar pulang Sept lalu atas kes kecurian kecil sekali lagi ditangkap kerana meragut komputer riba seorang warga New Zealand di sebuah restoran makanan segera di KL Sentral di sini pada 28 Okt.

Polis sedang menyiasat sama ada mereka merupakan sebahagian daripada anggota sindiket curi antarabangsa, kata Ketua Polis Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Talib kepada pemberita hari ini.

"Kami sedang meneliti sama ada mereka benar-benar dari Chile dan kenapa mereka datang semula di sini selepas kami menghantar mereka pulang ke Chile, " katanya sambil menambah bahawa polis percaya mereka menggunakan indentiti berbeza untuk memasuki negara sejak November 2008.

Katanya dengan penangkapan mereka, polis dapat menyelesaikan 33 kes curi di kawasan KL Sentral yang kebanyakannya membabitkan telefon bimbit dan komputer riba.

Pada 28 Okt, kedua-dua lelaki itu meragut komputer riba milik seorang rakyat New Zealand yang sedang makan di sebuah restoran makanan segera di situ pada pukul 3.30 petang.

Sementara itu, seorang lelaki dan wanita yang bersubahat dengannya, kedua-duanya berumur 21 tahun ditangkap kerana mencuri daripada orang yang sedang bersolat di sebuah surau di pusat beli belah Mid Valley pada 29 Okt lalu.

Wan Abdul Bari berkata polis menerima lebih daripada empat aduan daripada mangsa mengenai barangan peribadi mereka seperti dompet, telefon bimbit dan kad bank hilang selepas menunaikan solat.

Katanya kedua-dua suspek itu mengaku melakukan 23 perbuatan mencuri sepanjang hari itu dan polis menemui semula lima telefon bimbit dan sejumlah wang tunai daripada mereka.

Wan Abdul Bari berkata mereka melakukan kegiatan itu dengan berpurapura untuk memulakan atau selesai bersolat supaya mangsa mereka tidak sedar dengan tindak tanduk mereka. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain