Juruteknik terbunuh selepas bergelut dengan lima perompak - Semasa | mStar

Juruteknik terbunuh selepas bergelut dengan lima perompak

SUNGAI PETANI: Seorang juruteknik penyelenggaraan sebuah kilang mati akibat dipukul semasa bergelut dengan lima lelaki yang memecah masuk ke banglonya di Jalan Bakar Sampah, di sini, malam tadi.

A. Appanaidu, 47, yang mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan tangan dipercayai akibat dipukul dengan senjata tajam meninggal dunia di rumahnya.

Isteri juruteknik itu, M. Manimalar, 42, berkata kejadian berlaku pada kirak-ira pukul 9.30 malam apabila lima lelaki India bersenjatakan parang panjang memecah masuk rumah mereka ketika beliau bersama suaminya serta tiga anak mereka sedang berehat di ruang tamu.

"Mereka terus meluru ke arah kami sambil mengugut dengan parang panjang, dan mengarahkan suami saya supaya membuka peti keselamatan di bilik tidur utama," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata Appanaidu kemudianya cuba bergelut dengan penjenayah itu, namun mereka memukul beliau sehingga cedera parah.

Manimalar berkata selain peti keselamatan yang mengandungi barang kemas, kumpulan penjenayah itu turut melarikan wang tunai serta kereta Proton Persona milik Appanaidu.

"Saya dan tiga anak perempuan berusia 20an bagaimanapun tidak dicederakan," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata polis sedang menyiasat.

Mayat Appanaidu sudah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk dibedah siasat dan dijangka dituntut oleh anggota keluarganya petang ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain