13 ahli politik disoal siasat SPRM antara Jan-Ogos - Semasa | mStar

13 ahli politik disoal siasat SPRM antara Jan-Ogos

KUALA LUMPUR: Seramai 12 ahli politik daripada Barisan Nasional (BN) dan satu daripada parti pembangkang disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari Januari hingga Ogos tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata sebanyak tujuh tuduhan direkodkan untuk ahli politik daripada BN manakala belum ada pertuduhan setakat ini terhadap ahli politik pembangkang.

Liew menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR - Permatang Pauh) mengenai langkah mengembalikan keyakinan awam terhadap imej negatif SPRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara berikutan keraguan umum terhadap perilaku penyiasatan dan pendakwaan terpilih.

Liew berkata statistik itu menunjukkan bahawa SPRM menjalankan siasatan mengikut prosedur undangundang dan peraturan tanpa mengira latar belakang atau kedudukan individu yang disiasat mahupun fahaman politik.

"Mekanisme tanggungjawab yang diwujudkan semasa SPRM ditubuhkan jelas membuktikan kesediaan Suruhanjaya itu untuk berperanan secara bebas, telus dan profesional dalam menjalankan penyiasatan ke atas kes-kes rasuah," katanya.

Berhubung pendakwaan terpilih yang dibangkitkan Anwar, Liew berkata pendakwaan sesuatu kes hanya akan dilakukan terhadap manamana orang tanpa mengambil kira kedudukan mereka sekiranya terdapat keterangan mencukupi bagi mendapatkan sabitan.

"Bagi kes-kes yang dikendalikan oleh SPRM, semua kes yang diputuskan untuk tidak dituduh perlu dilaporkan ke Panel Penilaian Operasi yang terdiri daripada individu profesional dalam bidang masing-masing serta bertindak secara bebas," katanya. BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain