Prosedur lebih ketat mohon semula status warga negara - Semasa | mStar

Prosedur lebih ketat mohon semula status warga negara

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia yang ingin memohon kembali status kewarganegaraan akan melalui prosedur lebih ketat kerana mereka telah menimbulkan keraguan terhadap bangsa, negara dan tanah air sendiri, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata mereka perlu memohon kembali kewarganegaraan mereka sama seperti warga asing yang ingin memiliki taraf kerakyatan Malaysia.

"Kadangkala bila melihat apa yang wujud dan sedia ada dalam negara tertentu, kita lihat cukup menarik apabila mendengar janji-janji pihak ketiga, tetapi apa yang kita harapkan tidak seperti yang kita impikan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya kementerian itu di sini semalam.

Akhbar semalam melaporkan mengenai beratus-ratus rakyat Malaysia yang "mengoyakkan" pasport mereka dan berlepas ke Britain kerana percaya mereka boleh menuntut hak kerakyatan negara itu di bawah undang-undang kolonial dan akhirnya mendapati diri mereka kini tidak mempunyai negara.

Akhbar itu melaporkan mengenai seorang yang bernama Dee yang merupakan arkitek terlatih dari Pulau Pinang dan kini terpaksa bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah restoran Cina di Britain, telah mengisi borang untuk melepaskan kerakyatan Malaysia tetapi kerajaan Britain masih menganggap beliau rakyat Malaysia sedangkan Malaysia menyatakan beliau bukan lagi berstatus warga negara.

Menurut Hishammuddin beliau memandang serius tindakan sebahagian rakyat Malaysia yang sanggup "membuang" status kewarganegaraan masing-masing sedangkan banyak pihak lain ingin memohon mendapatkan taraf kerakyatan negara ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Rakyat semakin menerima 1Malaysia, kata Najib

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain