suria

Penyanyi rock diminta bantu kes pergaduhan

PULAU PINANG: Polis akan memanggil seorang penyanyi rock terkenal bagi membantu siasatan kes pergaduhan melibatkan artis berkenaan dan beberapa rakannya yang didakwa menyerang seorang lelaki di sebuah pusat hiburan di Georgetown di sini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata siasatan lanjut sedang dijalankan dan kesemua mereka yang terlibat dalam kejadian pada Julai tahun lepas itu akan dipanggil tidak lama lagi.

"Menurut pengadu berusia 30-an dan bekerja sendiri itu, dia dipukul sekumpulan lelaki termasuk artis berkenaan yang juga seorang pelakon popular di pusat hiburan terbabit," katanya.

Ayub berkata siasatan awal mendapati pergaduhan itu dipercayai berlaku akibat salah faham. BERNAMA

Artikel Lain