Pemilihan Isa Samad adalah kehendak akar umbi - Semasa | mStar

Pemilihan Isa Samad adalah kehendak akar umbi

PORT DICKSON: Pemilihan bekas Menteri Besar, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang adalah berdasarkan populariti beliau di kalangan penduduk tempatan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pucuk pimpinan parti telah meneliti dengan sebaik mungkin sebelum membuat keputusan memilih Isa sebagai calon.

"Sebelum membuat keputusan, kita sudah buat tinjauan yang cukup rapi sampai ke peringkat akar umbi...di semua kawasan sama ada Melayu, Cina mahupun India. Mereka sudah lama kenal dengan Tan Sri Isa dan tahu jasa beliau.

"Orang kampung sudah tahu betapa mesranya Tan Sri Isa. Beliau popular di kalangan orang tempatan...jadi ini adalah kehendak pengundi," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Tambah Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, sejarah politik Isa yang pernah menghadapi tindakan disiplin kerana terlibat dalam politik wang semasa pemilihan parti suatu ketika dahulu tidak akan menjadi penghalang untuk Umno memberi kepercayaan kepada beliau sebagai calon di DUN Bagan Pinang.

"Walaupun dalam sejarah politik beliau dahulu (pernah dikenakan tindakan disiplin)...itu tidak menjadi masalah kerana rakyat tempatan lebih mengenali hati budi beliau.

"Apa yang saya harapkan ialah agar kita menghadapi pilihan raya ini dengan telus," katanya.

Menurut beliau lagi, seluruh jentera parti akan menggunakan peluang yang ada untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN.

"Kita tahu ini adalah waktu yang terbaik bagi kita. Di samping itu, kita akan jelaskan dasar-dasar kita serta hala tuju kepimpinan Perdana Menteri kepada rakyat," katanya.

Artikel Sebelum

Panel rayuan kekalkan hukuman sebat Kartika

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain