Rumah terbuka Kabinet catat kejayaan besar - Semasa | mStar

Rumah terbuka Kabinet catat kejayaan besar

KUALA LUMPUR: Walaupun hujan turun dengan lebat untuk seketika, suasana rumah terbuka Hari Raya di Seri Perdana di sini tetap meriah dengan lebih daripada 50,000 rakyat jelata dan orang kenamaan hadir di majlis itu.

Orang ramai mula berduyun-duyun datang ke kediaman rasmi perdana menteri seawal pukul 9 pagi walaupun majlis rumah terbuka perdana menteri dan barisan kabinet beliau dijadualkan bermula pada pukul 11 pagi.

Ahli-ahli politik daripada Barisan Nasional (BN) dan parti-parti lain, diplomat, orang-orang kenamaan, pelancong dan wakil pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan menghadiri acara itu yang membuktikan semangat sebenar 1Malaysia yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Makanan yang dihidangkan juga membayangkan menu pelbagai kaum di Malaysia, dan sehingga pukul 3 petang masih ramai yang menunggu giliran untuk mengucapkan selamat Hari Raya kepada Najib dan isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.

Semasa persidangan berita di rumah terbuka itu Najib berkata walaupun ini kali pertama beliau mengadakan rumah terbuka selepas mengambilalih jawatan perdana menteri, "semuanya berjalan lancar dan para hadirin berpuas hati dengan aturcara majlis dan hidangan."

"Saya, isteri dan kakitangan merancang aturcara dan jenis makanan untuk dihidangkan kepada tetamu dan saya gembira kerana semuanya berjalan lancar mengikut rancangan," kata Najib.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan kerana membantu dalam menjayakan majlis rumah terbuka itu.

Di Majlis rumah terbuka ini yang berakhir pada sebelah petang Najib dan anggota kabinetnya termasuk presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan Menteri Sumber Manusia Dr S. Subramaniam menyambut tetamu di dewan utama Seri Perdana.

Kecuali hujan lebat buat seketika itu, semuanya berjalan lancar dengan polis trafik memastikan lalulintas yang lancar di luar Kompleks Seri Perdana.

Juga satu konsert di ruang terbuka diadakan untuk menghiburkan hadirin dan adalah jelas hadirin gembira dengan hidangan yang disediakan dan dendangan muzik artis-artis tempatan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain