suria

Sebuah hotel baru bertaraf 4 bintang akan dibina di KLIA Aeropolis

PETALING JAYA: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) iaitu syarikat GLC yang dipertanggungjawabkan mengendali, mengurus dan menyelenggarakan semua lapangan terbang di negara ini akan membina sebuah hotel baru bertaraf empat bintang di atas sebidang tanah komersil bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak lama lagi.

Notis iklan bagi tujuan mempelawa bakal-bakal pelabur, pemaju dan pihak-pihak yang berminat untuk menyertai projek ini dari dalam atau luar negeri telahpun dikeluarkan pada 24 Ogos baru-baru ini oleh MAHB.

Iklan tersebut mempelawa pihak yang berminat supaya mengemukakan rancangan pembangunan bagi membangunkan hotel tersebut sebelum atau pada 23 Oktober depan.

Pihak yang mengemukakan rancangan pembangunan yang terpilih akan dikehendaki untuk memberi taklimat lengkap berhubung dengan pelan pembangunan mereka kepada satu jawatankuasa khas yang dibentuk pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Selaras dengan visinya yang berbunyi “World Class Airport Business”, MAHB berhasrat untuk memajukan KLIA sebagai pusat perdagangan pelbagai fungsi dan bakal menjadi sebuah perbandaran lapangan terbang yang maju dengan aktiviti-aktiviti pekerjaan, perniagaan, pameran dan destinasi pelancongan yang tersendiri.

Bandar ini dinamakan KLIA Aeropolis.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain