suria

Kastam Sabah rampas 319 karton mercun bernilai RM300,000

RAMPAS....Timbalan Pengarah Kastam Sabah, Liah bin Omar menunjukkan mercun dan bunga api yang dirampas pasukan pencegahan Kastam Keningau ketika sidang media di Pejabat Kastam Sepanggar dekat sini, hari ini. Sebanyak 310 karton mercun dan bunga api pelbagai jenis buatan China dengan nilai pasaran dianggarkan berjumlah RM300,000, dirampas dalam satu serbuan di sebuah rumah kosong tidak bernombor di Batu 27 Jalan Keningau-Tenom. -- foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Kastam Diraja Malaysia Sabah merampas 319 karton mercun dan bunga api yang nilai pasaran dianggarkan berjumlah RM300,000 di sebuah rumah di Batu 27, Jalan KeningauTenom Isnin lepas.

Timbalan Pengarah Kastam Negeri Liah Omar berkata rampasan mercun dan bunga api itu merupakan yang terbesar di Sabah tahun ini.

"Rampasan mercun dan bunga api ini merupakan kes ketiga tahun ini dan dipercayai untuk pasaran sempena perayaan akan datang," katanya kepada pemberita di Pejabat Kastam Pencegahan di Sepanggar, dekat sini hari ini.

Liah berkata sepasukan anggota daripada Bahagian Pencegahan Keningau, yang diketuai Penolong Pengarah Kastam Jaffree Dangus, telah membuat serbuan ke rumah tidak bernombor itu pada pukul 10.00 pagi dan merampas mercun serta bunga api itu.

Beliau berkata berikutan itu seorang lelaki tempatan yang berumur 51 tahun dipercayai tuan punya premis berkenaan disoalsiasat, dan pihak kastam masih berusaha mengesan pemilik sebenar barang berkenaan.

Liah mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan aktiviti pengedaran, penjualan dan memiliki atau bermain mercun atau bunga api kerana ia merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

Katanya jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang 10 kali nilai barangan dan tidak lebih 20 kali nilai barangan atau penjara tiga tahun atau keduaduanya sekali. BERNAMA

Artikel Sebelum

UPP tahan 6 lelaki Myanmar

Artikel Berikut

Artikel Lain