suria

A(H1N1) 257 kes baru dilaporkan, tiada kematian hari ini

KUALA LUMPUR: Seramai 257 pesakit disahkan positif Influenza A (H1N1) dan tiada kematian akibat jangktan wabak itu dilapor hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Beliau berkata daripada 257 kes baru itu, 36 kes di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 21 kes mempunyai faktor risiko seperti diabetes, penyakit kronik, asma, hamil dan bersalin, obesiti, kanak-kanak istimewa dan bayi.

"Kementerian Kesihatan mendapati masih ramai pesakit yang mengalami jangkitan Influenza A (H1N1) yang tidak memberi kerjasama yang baik dalam mengawal penularan wabak ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Mohd Ismail turut meminta mereka yang mempunyai simptom penyakit itu supaya lebih bertanggungjawab dengan tidak mengunjungi tempat awam seperti pusat membeli belah dan mengelak daripada menaiki kenderaan awam.

"Mereka yang mempunyai simptom influenza walaupun ringan, masih boleh disebar kepada orang lain apabila mereka ini batuk atau bersin.

"Oleh itu,sesiapa yang ada simptom ini mesti berada di rumah, jangan mengunjungi tempat awam, tempat kerja atau sekolah sehingga tidak bersimptom lagi," katanya.

Orang ramai juga dinasihat sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan langkah-langkah pencegahan dengan melayari laman web khas H1N1 di http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi talian hotline 03-88810200 atau 03-88810300. BERNAMA

Artikel Lain