suria

Mempertikai kontrak sosial boleh bawa bencana pada negara - titah Sultan Kedah

ALOR SETAR: Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah memberi amaran negara akan huru-hara dan masyarakat ditimpa bencana jika kontrak sosial dipertikaikan serta dijadikan bahan politik.

Baginda khuatir tamadun dan kemerdekaan negara akan runtuh sebagaimana berlaku terhadap banyak negara apabila api kemarahan akar umbi tidak dapat dikawal. Titah baginda kontrak sosial yang termaktub dalam Perlembagaan adalah perkara suci yang mempunyai 'rahsia' dan harus dipertahankan kerana ia menjamin kerukunan serta keamanan negara.

"Jika perkaraperkara ini dijadikan bahan perbincangan umum dan berpolitik, ia akan membawa bencana kepada masyarakat dan negara," titah baginda semasa merasmikan seminar khas Perlembagaan Persekutuan di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah menyampaikan ceramah pada seminar khas itu yang dihadiri pegawaipegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan serta ahliahli politik di Kedah.

Sultan Kedah turut menasihatkan semua pihak khususnya ahli politik, pegawai kerajaan dan rakyat umum supaya memandang serius serta mengambil iktibar mengenai perkara itu.

Baginda mahu pembuat dasar kerajaan memahami dengan jelas Perlembagaan Persekutuan supaya kepentingan kaumkaum lain di negara ini terjamin dan terus menikmati hak mereka sebagai warga negara.

Titah baginda keamanan yang kecapi pada masa ini tidak datang bergolek kerana ia dicapai hasil permuafakatan, toleransi dan pengorbanan pemimpin-pemimpin terdahulu.

"Mereka duduk semeja berbincang bagi menuntut kemerdekaan. Perbincangan ini mewujudkan peruntukan perlembagaan yang menjamin kedudukan Raja-Raja Melayu, agama Islam dan Hak Istimewa orang Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain yang dikenali sebagai kontrak sosial.

"Kontrak sosial ini merupakan suatu pengorbanan besar orang Melayu kepada kaumkaum lain. Oleh itu tidak wajar kontrak ini dipertikai, disemak semula atau diubah kerana ia adalah asas pembentukan Malaysia," titah baginda.

Baginda kesal kerana akhirakhir ini ada pihak berani mempertikaikan peruntukan tersebut sehingga menampakkan tanda keharmonian yang wujud sejak negara merdeka 52 tahun lepas mula terjejas.

"Kenyataan berani mereka yang menyentuh Hakhak Keistimewaan menimbulkan kemarahan pemimpin dan bangsa Melayu. Situasi ini jika tidak dibendung akan mengakibatkan ketegangan kaum," titah baginda. BERNAMA

Artikel Lain