KPT pantau pemberian Prof. Madya dan Proffessor - Semasa | mStar

KPT pantau pemberian Prof. Madya dan Proffessor

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi sedang memantau pemberian gelaran profesor madya dan profesor oleh institusi pengajian tinggi termasuk milik swasta di negara ini bagi menjamin prestij status itu, kata Timbalan Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah.

"Kita bukan nak menghadkan orang daripada naik pangkat, gaji dan sebagainya tetapi gelaran itu hendaklah kita jaga kerana dalam dunia akademia, gelaran itu adalah gelaran tertinggi dan suci," katanya.

Beliau berkata warga IPT masih mempunyai banyak platform untuk menikmati kenaikan pangkat walaupun tidak bergelar profesor madya dan profesor.

"Mereka boleh jadi pensyarah kanan, boleh jadi fellow utama atau pakailah nama apa pun dan naiklah pangkat. Kasihanlah kepada profesor yang jadi profesor melalui letih dan jerih menghasilkan penulisan sedangkan ada orang boleh dapat sedemikian mudah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Syarahan Perdana Naib Canselor dan melancar buku dan slogan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta program Diploma Eksekutif Pengurusan Perniagaan dan Teknologi Peruncitan.

Pemantauan itu juga adalah sebagai salah satu usaha kementerian untuk menjamin kualiti pendidikan tinggi negara ini, katanya.

"Kita dalam usaha nak menjamin kualiti pendidikan, satu daripada caranya ialah menerusi kualiti pensyarah. Satu daripada cara menjamin kualiti pensyarah ialah kita akan mengenakan syarat yang lebih ketat untuk seseorang itu mendapat gelaran profesor madya dan profesor," katanya.

Saifuddin berkata bagi mendapatkan gelaran profesor madya dan profesor, seseorang pensyarah itu mestilah menghasilkan penulisan sekurangkurangnya dua buah rencana berbentuk jurnal berwasit setahun selain penerbitan buku ilmiah.

"Dengan kata lain, adalah amat sukar selepas ini untuk seorang pensyarah yang tak menghasilkan penulisan untuk (mendapat) gelaran profesor madya mahupun profesor," katanya.

Sementara itu, UTM yang melancarkan program diploma eksekutif pengurusan perniagaan dan teknologi peruncitan menerima sumbangan peruntukan sebanyak RM9.2 juta, RM7.2 juta daripada syarikat IGate Sdn Bhd dan Mobile De Ring sebanyak RM2 juta yang bertujuan untuk menampung kos pengajian, elaun dan tempat latihan untuk pelajar universiti itu. BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain