Himpunan ISA: 11 pemimpin boleh didakwa tanpa dipanggil hadir siasatan - Semasa | mStar

Himpunan ISA: 11 pemimpin boleh didakwa tanpa dipanggil hadir siasatan

PETALING JAYA: Polis akan meneruskan siasatan untuk mencari mereka yang terlibat termasuk pemimpin-pemimpin yang menjadi dalang dalam demonstrasi haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara, Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, polis akan mendakwa mereka yang didapati bersalah terlibat dalam perhimpunan itu tanpa perlu memanggil mereka memberi keterangan.

"Kita akan teruskan siasatan dan mendakwa mereka yang menjadi dalang (demonstrasi) termasuk pemimpin-pemimpin secepat mungkin.

"Kita akan tuduh mereka yang didapati bersalah menghadiri demonstrasi itu.

"Kita tidak payah panggil, kita boleh tuduh sahaja," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian ketika ditanya bila 11 individu termasuk pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang dikenal pasti menghasut demonstrasi itu akan dipanggil memberi keterangan.

Antara 11 yang dikenal pasti polis menghasut demonstrasi itu termasuk Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua; Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Pengerusi Gerakan Mansuh ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh.

Sabtu lalu, kira-kira 10,000 penyokong Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengadakan perhimpunan dan berarak secara haram untuk menghantar memorandum memansuhkan ISA kepada Yang di-Pertuan Agong.

Berikutan itu, polis menahan 589 individu termasuk beberapa pemimpin Pakatan namun 572 daripadanya telah dibebaskan kelmarin.

Semalam, mahkamah membebaskan Sivarasa dengan jaminan polis sementara 29 orang didakwa kerana menyertai perhimpunan tanpa permit itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain