suria

Pemandu hampir maut kereta dilanggar treler

Beginilah keadaan sebuah lori sarat membawa muatan batu bata yang melanggar satu daripada kereta di Jalan Tunku Hasan di sini, hari ini.--foto BERNAMA

SEREMBAN: Beginilah keadaan sebuah lori sarat membawa muatan batu bata yang melanggar satu daripada kereta di Jalan Tunku Hasan di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang tadi, lori yang dipandu K. Muniady, 49, sedang melalui jalan berbukit secara tiba-tiba berundur ke belakang lalu melanggar kereta yang dinaiki sepasang suami isteri, sejauh kira-kira 50 meter sebelum berhenti selepas melanggar sebuah lagi kereta yang diletakkan di tepi jalan.

Menurut Muniady, dia cuba menukar gear ketika melalui jalan berbukit itu tetapi gagal dan menyebabkan lorinya berundur ke belakang dan pada waktu yang sama brek lorinya turut tidak berfungsi.

Muniady bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan manakala isteri kepada pemandu kereta itu mengalami kecederaan ringan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain