Pendakwa mohon penangguhan pelaksanaan dalam kes Anwar - Semasa | mStar

Pendakwa mohon penangguhan pelaksanaan dalam kes Anwar

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan hari ini memfailkan notis usul memohon penangguhan pelaksanaan terhadap perintah Mahkamah Tinggi agar sebahagian besar dokumen yang diminta Datuk Seri Anwar Ibrahim diserahkan kepada pembelaan sebelum perbicaraan kes liwatnya bermula.

Notis itu yang difailkan di Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 2 petang ditandatangani seorang daripada Timbalan Pendakwa Raya dalam kes liwat itu Datuk Nordin Hassan.

Turut difailkan bersama notis itu ialah perakuan segera supaya kes itu didengar secepat mungkin.

Bagaimanapun, tiada tarikh ditetapkan mahkamah.

Salinan notis itu dihantar kepada pihak pembelaan Tetuan S. N. Nair pukul 2.20 petang.

Pada 16 Julai, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan Anwar dan memerintahkan pihak pendakwaan menyediakan dokumen berkenaan dalam tempoh tujuh hari.

Seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya, Shamsul Sulaiman ketika ditanya mengenai permohonan penangguhan berkata mahkamah perlu mendengar permohonan itu sebelum Khamis ini kerana tempoh tujuh hari akan berakhir pada hari itu.

"Sekiranya permohonan itu tidak didengar Khamis ini, permohonan penangguhan perintah itu akan menjadi akademik," katanya.

Hakim Mohamad Zabidin dalam keputusannya, bagaimanapun menolak permohonan penasihat Parti Keadilan Rakyat itu bagi mendapatkan sampel spesimen yang diambil daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana sampel itu telah disita oleh ahli kimia dan pihak pembela boleh memeriksanya setelah ia dikemukakan kepada mahkamah.

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas.

Antara dokumen yang dibenarkan diberi kepada pihak pembelaan ialah kenyataan Mohd Saiful, Dr Osman Abdul Hamid daripada Hospital Pusrawi, pemilik kondominium berkenaan Hassanuddin Abdul Hamid dan tiga saksi utama lain.

Dokumen lain ialah salinan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari pos pengawal di Desa Damansara Condominium, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, dan di kawasan menunggu lif di Blok 11 kondominium itu dari 25 hingga 27 Jun, 2008.

Mahkamah menetapkan 24 Julai sebagai tarikh sebutan permohonan Anwar bagi mengetepikan tuduhan liwat yang dikenakan terhadapnya dan tarikh sebutan perbicaraan kes itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Nasib Mirza ditentukan Jumaat ini

Artikel Berikut

Penjenayah kritikal akibat ditembak

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain