suria

Perbicaraan pelajar lakukan khianat di Universiti Malaya ditetapkan pada 7 Disember

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan lima hari mulai 7 Dis depan untuk perbicaraan dua pelajar tahun satu Universiti Malaya terhadap dua pertuduhan cuba melakukan khianat dan menceroboh Fakulti Akademi Pengajian Islam universiti itu bulan lepas.

Hakim Rozana Ali Yusoff menetapkan tarikh tersebut setelah Timbalan Pendakwa Raya Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar memaklumkan bahawa beliau telah pun menyerahkan kesemua dokumen yang relevan kepada pihak pembelaan.

Mohamad Izzuddin Hilmi, 21, dan Muhammad Syahrul Denn Ahmad Rosli, 21, pelajar fakulti yang sama didakwa bersamasama tiga lagi yang masih bebas, telah cuba melakukan perbuatan khianat di pintu utama dewan fakulti itu kira-kira 4 pagi, 24 Jun lepas.

Mereka juga dituduh melakukan kesalahan khianat dengan menyimbah petrol di atas karpet dan menconteng dinding dewan utama fakulti itu pada masa dan tarikh yang sama.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan Seksyen 427 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain