suria

Larikan diri daripada polis, lelaki mati lemas

TUMPAT: Tindakan seorang lelaki terjun ke Sungai Golok ketika melarikan diri daripada polis semalam membawa padah apabila beliau ditemui mati lemas di Kampung Naga Ibu, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor Abdul Manaf Jaafar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kirakira pukul 4.30 petang semalam sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama tujuh anggota Unit Skuba.

"Mayat lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Muhamad Sabki Ibrahim, 31, ditemui kirakira pukul 10.50 malam beberapa meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Abdul Manaf berkata mayat lelaki berkenaan dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat.

Difahamkan sebelum kejadian lelaki yang bekerja sendiri itu berada di tebing sungai berkenaan bersama bapa saudaranya sebelum mereka bertindak terjun ke sungai apabila ditegur oleh anggota polis yang melalui kawasan itu.

Bapa saudaranya dikatakan berjaya menyelamatkan diri dengan menyusuri tebing sungai bagaimanapun mangsa tidak pandai berenang menyebabkan beliau tenggelam. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain