suria

Seorang lagi Ah Long ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lagi anggota sindiket Ah Long yang dikenali sebagai Chong Sze Kean atau CK,25, di rumahnya di Taman Lagenda Mas, Batu 8 1/2, Kajang, dekat sini pada kira-kira pukul 2 petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Hasnan Hassan berkata berdasarkan pemeriksaan yang dibuat dalam rumah suspek, polis tidak menemui sebarang barang salah yang digunakan dalam kegiatannya.

Bagaimanapun polis merampas sebuah kereta Proton Wira yang didaftarkan atas nama syarikat Kristal 9Gems Enterprise atau K9, milik salah seorang anggota sindiket itu.

Tahanan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan atas kes pemerasan atau Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang, katanya. BERNAMA

Artikel Lain