Zahrain dapatkan penjelasan tindakan boikot majlis angkat sumpah - Semasa | mStar

Zahrain dapatkan penjelasan tindakan boikot majlis angkat sumpah

PULAU PINANG: Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim akan mengadakan mesyuarat khas esok untuk mendapatkan penjelasan mengenai tindakan sekumpulan Ahli Majlis daripada parti itu memulaukan majlis angkat sumpah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Mokhtar Mohd Jait hari ini.

Beliau berkata, mesyuarat itu akan diadakan di pejabat Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman, yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri di Komtar petang esok untuk mengetahui kedudukan sebenar perkara itu.

Ketika dihubungi Bernama di sini, katanya, beliau tidak mengetahui mengenai kejadian pagi ini dan akan memanggil wakil PKR, wakil MPSP dan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mendapatkan maklum balas.

"Buat masa ini saya tidak boleh komen apa-apa kerana tidak tahu apa yang berlaku di MPSP pagi ini. Saya sekarang dalam perjalanan ke Port Dickson. Saya akan panggil semua untuk satu mesyuarat khas esok dan sidang akhbar akan diadakan kirakira pukul 7 malam," katanya.

Pagi ini, lapan daripada sembilan ahli majlis PKR memulaukan majlis perlantikan Mokhtar, bekas Pegawai Daerah Seberang Perai Utara (SPU), kerana membantah tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang dikatakan tidak berunding dengan parti itu mengenai perlantikan berkenaan.

Ketua whip MPSP, Johari Kassim mendakwa Lim tidak memanggil PKR dan PAS untuk berunding walaupun sebelum ini telah ada persetujuan di peringkat kepimpinan parti gabungan itu bahawa perlantikan YDP MPSP perlulah dibuat di kalangan pemimpin politik dan jawatan itu diserahkan kepada PKR.

Beliau mendakwa, pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri 1 yang baru, Mansor Othman semalam mengenai perlantikan Mokhtar merupakan satu "helah" Lim untuk melepaskan diri daripada persetujuan awal yang dicapai sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Negeri, Chow Kon Yeow berkata, walaupun perkara itu ada dibincangkan di peringkat tertinggi gabungan parti pembangkang, namun tiada keputusan mengenainya dan kerajaan negeri membuat keputusan untuk mengekalkan perlantikan penjawat awam sebagai YDP MPSP.

MPSP mempunyai 24 ahli majlis dan daripada jumlah itu, 10 diwakili pemimpin DAP, sembilan PKR, dua PAS dan tiga daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pagi ini, hanya 14 orang ahli majlis sahaja yang hadir. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain