Krisis politik: Gantung penasihat undang-undang antara 6 langkah diumum Nizar - Semasa | mStar

Krisis politik: Gantung penasihat undang-undang antara 6 langkah diumum Nizar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin semalam menggantung tugas Penasihat Undang-undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkuat kuasa serta merta.

Tindakan itu adalah antara enam langkah segera yang diumumkan oleh Nizar sebaik sahaja Mahkamah Tinggi di sini memutuskan yang beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Selain itu, lima lagi langkah segera yang diambil beliau adalah:

- Pihaknya akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan secara rasmi berhubung keputusan mahkamah yang diputuskan hari ini dan meminta restu baginda.

- Semua keputusan yang dibuat oleh Zambry sepanjang beliau menjawat jawatan Menteri Besar secara tidak sah akan dikaji semula dan tidak dianggap tidak sah sehingga notis seterusnya diberitahu kelak kecuali keputusan berhubung mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 7 Mei lalu.

- Meminta Zambry dan Exco-exco lain untuk mengosongkan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta berikutan keputusan mahkamah.

- Mesyuarat Exco akan diadakan dengan segera

- Pihaknya tetap berpegang bahawa DUN harus dibubarkan berdasarkan kepada usul yang diluluskan pada sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac 2009

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain