DAP gesa DUN Perak dibubar - Semasa | mStar

DAP gesa DUN Perak dibubar

PULAU PINANG: DAP hari ini mengulangi desakannya supaya Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan segera dan pilihan raya diadakan di negeri itu bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan mereka.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata hanya dengan mengembalikan kuasa kepada rakyat, kehormatan dapat dikembalikan di Perak dan Malaysia.

"Keputusan Mahkamah Tinggi yang cukup penting hari ini yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih Menteri Besar yang sah negeri Perak adalah satu kemenangan rakyat negeri Perak, demokrasi dan keadilan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengisytiharkan bahawa Mohammad Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

MMA cabar ego Zul Ariffin