Jusuf Kalla sah berganding dengan Wiranto pilihan raya Presiden Indonesia - Semasa | mStar

Jusuf Kalla sah berganding dengan Wiranto pilihan raya Presiden Indonesia

JAKARTA: Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla, yang juga pemimpin parti Golkar, malam ini mengumumkan sah bergandingan dengan pemimpin parti Hati Nurani Rakyat (Hanura), Wiranto dalam pilihan raya presiden (pilpres) 8 Julai ini.

Jusuf, 66, yang menawarkan diri sebagai calon presiden memilih Wiranto, 62, sebagai calon naib presidennya dan kedua-dua mereka membuat pengumuman bersama itu pada sidang media di sini.

Mereka menjadi pasangan pertama mengumumkan dan mengesahkan gandingan ketika parti besar lain termasuk Demokrat pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Parti Demokrasi Perjuangan Indonesia (PDIP) pimpinan Megawati Soekarnoputri masih merahsiakan pilihan masing-masing.

Susilo sudah pasti bertanding untuk mengekalkan kerusi presiden bagi penggal kedua manakala Megawati juga sebelum ini membuat pengumuman menjadi calon presiden sekali lagi tahun ini, walaupun baru-baru ini timbul ura-ura PDIP akan memberi laluan kepada anak Megawati, Puan Maharani.

Puan Maharani pula dispekulasikan akan menjadi calon naib presiden bergandingan dengan pemimpin parti Gerindra, Prabowo Subianto sebagai calon presiden.

Jusuf yang bergandingan dengan Presiden Susilo pada pilpres 2004 mengambil langkah bergandingan dengan Wiranto kali ini atas keyakinan bahawa beliau dapat menjadi presiden yang lebih baik dan mengambil keputusan lebih cepat dalam tindakan dan dasar pemerintahan untuk kebaikan rakyat dan negara.

Wiranto pula berkata beliau tampil berganding dengan Jusuf kerana keyakinannya terhadap peribadi dan keupayaan Jusuf.

Jusuf pula berkata beliau dan Wiranto adalah pasangan yang memiliki kemampuan dan pengalaman berdasarkan latar belakang masing-masing iaitu beliau sebagai pengusaha, menteri dan naib presiden manakala Wiranto pernah memimpin angkatan tentera Indonesia.

Beberapa jam sebelum itu, Jusuf dan pemimpin sembilan parti termasuk PDIP, Hanura, Gerindra membentuk gabungan dan menjangka gabungan itu akan menguasai sekurang-kurangnya 45 peratus kerusi di Parlimen Indonesia yang berjumlah 560.

Parti lain ialah Parti Bintang Reformasi, Parti Damai Sejahtera, Parti Kebangkitan Nasional Ulama, Parti Buruh, Parti Peduli Rakyat Nasional dan Parti Persatuan Nahdatul Ummah Indonesia. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain