Hanya rakyat boleh nilai saya - MB Terengganu - Semasa | mStar

Hanya rakyat boleh nilai saya - MB Terengganu

HULU TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said berkata, hanya rakyat yang boleh membuat penilaian sama ada beliau berjaya atau gagal dalam menerajui negeri ini.

Ahmad berkata, rakyat menjadi "hakim" sama ada mereka masih mahukannya memimpin mereka atau sebaliknya kerana kebiasaannya hukuman yang dijatuhkan rakyat menggambarkan sentimen mereka.

"Jika saya gagal, gantilah saya tetapi untuk masa yang singkat ini, berilah saya peluang membuktikan keikhlasan dan kesungguhan saya memperjuangkan nasib rakyat.

"Jangan diletak halangan di hadapan saya yang bertujuan untuk menggagalkan saya," kata beliau ketika diminta mengulas sama ada kemelut politik yang berlaku sekarang menjejaskan kedudukannya sebagai Menteri Besar Terengganu.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan kamera litar tertutup (CCTV) Majlis Daerah Hulu Terengganu hari ini.

Ahmad berkata, beliau tidak mahu kemelut itu berterusan sehingga pilihan raya umum ke-13 kerana kesannya amat buruk kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Saya akui, insiden yang berlarutan dari hari saya dilantik menjadi Menteri Besar hingga ke hari ini, merupakan sejarah hitam dalam perjuangan Umno di Terengganu," katanya.

Beliau berkata, semua pihak perlu mengubat perasaan anggota Umno dan lebih penting perasaan rakyat yang telah lama menaruh harapan kepada parti itu untuk membela mereka.

"Kepada ahli-ahli Umno, pilihlah jalan yang benar dan terbaik kerana kita sekarang bukan hanya berdepan parti lawan tetapi karenah dalaman yang akan membuat rakyat hilang kepercayaan kepada parti," katanya.

Mengenai pelantikan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Ahmad berkata, beliau menyokong penuh pelantikan itu dan akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam usaha memperkukuhkan parti.

Beliau berkata, pengagihan kuasa pentadbiran dan politik itu akan membolehkannya menumpukan perhatian kepada pembangunan negeri yang sudah lebih setahun terhalang disebabkan tekanan politik.

Ahmad yang kini timbalan pengerusi Umno negeri berkata, beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Hishammuddin bagi membincangkan beberapa perkara untuk kebaikan semua pihak di negeri ini.

"Apa yang perlu diutamakan ialah kepentingan rakyat dan bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

"Saya yakin rakyat sentiasa menyokong saya... ini (kemelut yang berlaku sekarang) perkara kecil. Dulu semasa pelantikan saya sebagai Menteri Besar lagi hebat," katanya.

Ditanya mengenai sikapnya yang mendiamkan diri daripada menjawab tohmahan dan serangan peribadi terhadapnya, Ahmad berkata, beliau tidak mahu mengeruhkan keadaan dan menambah kekeliruan rakyat terhadap insiden yang berlaku.

Sementara itu, sebanyak RM10 juta diperuntukkan bagi memasang CCTV di semua tujuh daerah di negeri ini.

Setakat ini, daerah Hulu Terengganu, Setiu, Besut dan Marang telah mempunyai CCTV manakala Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman masih dalam proses pemasangan dan dijangka siap tidak lama lagi. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Hasutan: Bantahan awal Karpal ditolak

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain