suria

MCA lancar blog aduan pengguna

KUALA LUMPUR: MCA hari ini melancarkan blog aduan pengguna untuk rakyat menyalurkan aduan berkaitan kepenggunaan.

Blog yang boleh dilayari di http://www.mcaconsumer.blogspot.com itu dirasmikan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat sempena kempen Kesedaran Pengguna anjuran Biro Perhubungan Pengguna MCA dengan kerjasama Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia di sini.

"Rakyat perlu menyedari hak mereka dan tidak boleh mengatakan ia adalah 'nasib' bila memperoleh barang palsu atau ditipu," kata Ong dalam ucapan perasmiannya.

Katanya, berikutan liberalisasi 27 subsektor dalam perkhidmatan seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak barubaru ini, pengusaha tempatan perlu meningkatkan mutu perkhidmatan untuk bersaing dengan pengusaha luar dalam memberikan perkhidmatan yang lebih kompetitif.

Pengerusi Biro Perhubungan Pengguna MCA, Tian Cheng Liang pula berkata, biro itu akan bertindak untuk menyelesaikan aduan yang disalurkan melalui satu jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menilai kes yang akan dibawa ke Tribunal Pengguna. BERNAMA

Artikel Lain