32 disyaki anggota Black Money ditahan

KUALA LUMPUR: Seramai 29 rakyat Afrika termasuk dua wanita yang mengaku sebagai pelajar kolej dan univerisiti tempatan ditahan dalam serbuan di Kepong hari ini kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan 'black money' dan dadah.

Turut ditahan dalam sebuan di sebuah apartment pada pukul 3 petang itu ialah tiga wanita tempatan.

Polis turut merampas pelbagai barangan yang dijadikan peralatan untuk mereka bergerak aktif dalam sindiket itu termasuk lebih 20 komputer riba dan mesin pengimbas, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Koh Hong Sun.

"Mereka dipercayai terlibat dalam pelbagai jenayah antaranya penipuan black money, penipuan perniagaan, nombor ekor, loteri dan dadah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua mereka yang berumur antara 20 dan 40 tahun itu kini dtahan reman bagi membantu siasatan.

Sementara itu, seorang maut manakala dua lagi parah apabila sebuah lori yang membawa muatan tanah dari Kuala Lumpur ke Ijok bertembung dengan sebuah lori kosong di Kilometer 20, Jalan Kuala Selangor-Kuala LumpurIjok pada kira-kira pukul 12 tengah hari ini.

Penumpang lori yang membawa muatan tanah itu, Roslan Rasdi, 29, mati di tempat kejadian dan Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa satu jam untuk mengeluarkan mayatnya yang tersepit, kata Ketua Trafik Selangor Supt Che Husin Che Mat. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain