suria

Umno: 8 Pengerusi Negeri muka baru, Najib ketuai Selangor

PERDANA Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersalaman dengan Exco Pergerakan Wanita yang turut menyambut ketibaannya sebelum mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Datuk Onn hari ini. Beliau diiringi Ketua pergerakan itu Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (kanan). Ini merupakan mesyuarat MT pertama yang dipengerusikan Mohd Najib selepas dilantik Presiden parti pada Mac lepas. --fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing menerajui Badan Perhubungan Umno Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Ia sebahagian daripada lapan ketua Umno Negeri yang baru dilantik hari ini.

Umno Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu masing-masing dipimpin oleh tiga Naib Presiden manakala Perak diterajui oleh Menteri Besar.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Pulau Pinang, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal (Kedah), Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Terengganu) dan Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir mengetuai Umno negeri tersebut.

Ketika mengumumkan rombakan kecil barisan kepimpinan Umno negeri dan ibu pejabat parti di sini hari ini, Najib mengekalkan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Setiausaha Agung dan melantik Menteri Kewangan Kedua Datuk Ahmad Husni Hanadzlah sebagai Bendahari Agung yang baru menggantikan Datuk Abdul Azim Zabidi.

Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan dilantik Ketua Penerangan Umno bagi menggantikan Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

"Pelantikan-pelantikan ini berdasarkan peruntukan perlembagaan Umno," kata Najib selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, yang pertama dipengerusikannya selepas mengambil alih pucuk kepimpinan parti pada 28 Mac lepas.

Berikut ialah pelantikan jawatan Umno yang diumumkan oleh Najib, yang juga Perdana Menteri, sebentar tadi.

SETIAUSAHA AGUNG: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

BENDAHARI AGUNG: Datuk Ahmad Husni Hanadzlah

KETUA PENERANGAN: Ahmad Maslan

PENGERUSIPENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI: PERLIS: Datuk Seri Md Isa Sabu (muka baru) KEDAH: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (muka baru)

PULAU PINANG: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (muka baru)

PERAK: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (muka baru)

SELANGOR: Datuk Seri Najib Tun Razak (muka baru)

WILAYAH PERSEKUTUAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin (muka baru)

NEGERI SEMBILAN: Datuk Seri Mohamad Hasan

MELAKA: Datuk Seri Mohd Ali Rustam

JOHOR: Datuk Abdul Ghani Othman

PAHANG: Datuk Seri Adnan Yaakob

TERENGGANU: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (muka baru)

KELANTAN: Datuk Mustapa Mohamed (muka baru)

SABAH: Datuk Seri Musa Aman

Artikel Lain